Thursday, August 13, 2009

PPSMI

konsep ini diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ia wajar diteruskan.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan pelajar khususnya bangsa Melayu tidak ketinggalan.

ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekaligus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa."PPSMI itu perlu diteruskan supaya pelajar kita tidak ketinggalan. Bukan bertujuan untuk mengabaikan bahasa Melayu, tetapi sebagai contoh bidang Sains yang dipelopori oleh negara luar menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris.

Mengambil contoh zaman kegelapan masyarakat Arab dahulunya, Dr Mahathir berkata pada ketika itu masyarakat tersebut tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan dan hanya mempelajarinya daripada kerajaan Greek."Jadi takkan pula masyarakat Arab itu nak minta orang di kerajaan Greek untuk menterjemahkan ilmu mereka ke dalam bahasa mereka (Arab). Penyelesaiannya ialah mereka terpaksa belajar bahasa Greek untuk membolehkan mereka mendalami ilmu. Dengan itu, bangsa Arab menjadi sebuah bangsa yang membangun," katanya.Beliau berkata keadaan itu juga sama seperti sekarang di mana pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendalami sesuatu ilmu."Kita tidak mampu menterjemahkannya dalam bahasa Melayu kerana pada ketika itu kita kekurangan pakar. Kalau nak diterjemahkan, kita akan terus ketinggalan dan sebab itu kewajarannya perlu dilaksanakan dalam bahasa Inggeris," katanya.Dr Mahathir berkata walaupun dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan.

HASIL kajian awal Kementerian Pelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah mendapati pelajar luar bandar berupaya menerima pelaksanaan dasar baru itu.(abdul rahman..dalam panduan.org)

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diteruskan dan kerajaan tidak seharusnya membazirkan sumber kewangannya dengan kembali kepada sistem lama yang tidak membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris.Itulah antara hasil rumusan dialog mengenai PPSMI anjuran Persatuan Pemuda Negara yang dihadiri siswazah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Dialog itu turut merumuskan bahawa PPSMI adalah wadah terbaik bagi seseorang pelajar itu menguasai bahasa Inggeris selain mampu mendalami ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa yang diguna di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment