Sunday, August 23, 2009

gempa bumi

gempa bumi merupakan fenomena pergerakan permukaan bumi yang disebabkan oleh pergerakan mengejut dipermukaan bumi yang berbatu.Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut.

pada 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar yang menyebabkan 255,000 orang terkorban.Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata

pada 12 ogos yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di sempadan wilayah Myanmar-India pada 5.44 pagi.
Ia berlaku di sekitar 220km dari barat daya Mandalay, Myanmar dan 1,993km dari barat daya Kangar, Perlis.

menurut kajian meteorologi malaysia dari tahun1909 sehingga jun 2009, gempa bumi yang paling banyak berlaku di malaysia ialah di selangor dengan kekerapan 43kali diikuti penang dan sabah sebanyak 37kali.

kejadian terbaru 24hb 8 2009, Gempa bumi dasar laut dengan kekuatan 5.5 skala Richter telah melanda daerah Maluku Utara di bahagian timur Indonesia hari ini, tetapi tiada kematian atau kerosakan dan tanpa amaran tsunami, kata ahli meteorologi.
Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 7.44 malam, berpusat di kira-kira 188 kilometer dari arah utara bandar Ternate.

kesan gempa bumi
-punca kepada kematian dan kemusnahan
-melibatkan banyak perubahan geosekitaran. antaranya ialah gegaran, retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh, tsunami dan perubahan rupabentuk rantau
-Pada magnitud tertentu gempa bumi boleh menggegarkan, meretakan, memisah dan menganjak permukaan bumi. Selain itu, struktur binaan juga akan retak dan runtuh (bangunan besar) atau pecah (empangan) atau putus (jambatan, terowong, saluran paip, jalan raya) akibat pergerakan ini.
-bagi pencairan tanah, semasa gempa bumi berlaku, gegaran dan pemadatan boleh menambah tekanan air liang dan menyebabkan tanah jadi tepu air serta berubah sifat menjadi cecair. Bangunan akan tersengget atau merayap, salur paip mungkin timbul dan terapung disebabkan oleh tanah yang sudah mendap.
-Tanah runtuh disebabkan oleh gegaran kuat menyebabkan bahagian cerun kurang stabil, bukit dan gunung curam runtuh menimpa dan memusnahkan struktur binaan di atas, di bawah dan juga sepanjang laluannya.

kesimpulan
Kemusnahan yang tinggi dan jumlah kematian tinggi yang berkaitan dengan kejadian gempa adalah sebahagian dari kenyataan bahawa kejadian gempa berlaku tanpa amaran. Banyak kajian yang mengkhusus kepada masalah meramal dan menjangka kejadian gempa bumi. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menggunakan kaedah prosibiliti untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan sesuatu tempat. Pengkaji telah mengelaskan kaedah ramalan gempa kepada dua iaitu ramalan jangka panjang dan ramalan jangka pendek:-

Ramalan jangka panjang
Boleh dikatakan bahawa sesuatu gempa bumi dengan magnitud atau intensiti yang tinggi adalah berkemungkinan untuk berlaku di sesuatu tempat yang pernah mengalaminya atau segmen sesar di dalam kawasan tersebut dalam lingkungan beberapa tahun. Ramalan ini dapat membantu perancang yang mengambil berat kepada ukuran keselamatan seismic atau kepada golongan manusia yang perlu menentukan kedudukan kediaman mereka.

Ramalan jangka pendek
Spesifik kepada masa dan tempat sesuatu gempa adalah lebih berguna. Ramalan ini adalah bergantung kepada precursory phenomena.
Meliputi kawasan yang memerlukan perhatian dan pengawasan yang leni. Bergantung kepada tempoh masa yag terhad di mana sesuatu tempat boleh berlaku. Negara Jepun telah membuat ramalan pertama dengan jayanya dengan menggunakan frekuensi gempa mikro, penurutan kajian aras geodetic, tiltmeter dan pengawasan geomagnetic. Adalah didapati bahawa kejadian gempa yang di kaji biasanya diikuti oleh gempa bumi kecil yang berlaku beberapa bulan sebelum kejadian gempa besar.
Walaubagaimanapun, ramalan gempa adalah sesuatu yang kompleks. Ia kan mengambil masa beberapa tahun sebelum sesuatu kejadian gempa dalam ramalan jangka masa pendek dapat dibuat. Ramalan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti deformasi permukaan, rumpang seismic yang diikuti oleh sesar, corak dan frekuensi gempa serta tabiat ganjil haiwan

artikel
Kicauan burung petanda gempa

Berita Harian, 9 Okt 2005
Ribuan burung tinggalkan sarang sebelum gegaran ISLAMABAD: Bunyi bising burung yang berlumba-lumba meninggalkan kediaman masing-masing di pokok sekitar Islamabad disifatkan penduduk sebagai memaklumkan kedatangan gempa bumi kuat awal semalam.
Ketika beribu-ribu pokok di bandar raya itu bergoyang dan hampir tumbang, bunyi bising datang daripada tanah ketika tingkap rumah dan bangunan di ibu kota Pakistan itu mula bergegar.“Bunyi burung benar-benar menambahkan ketakutan. Anda dapat lihat burung gagak berterbangan di udara,” kata seorang wartawan AFP.
“Saya tidak pernah berasa gempa bumi yang begitu kuat sebelum ini. Kubah masjid bergoyang. Orang ramai bergegas keluar dari rumah masing-masing dan bangunan ketika gempa bumi.“Sebahagiannya mula berdoa kepada Allah,” kata pengawal keselamatan, Mohammad Akram.Dalam minit pertama selepas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda kira-kira jam 8.50 pagi waktu tempatan, beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka dan berkumpul di jalan raya. Gegaran dirasakan lebih 30 saat, menggoyangkan bangunan dan membuatkan keadaan hampir mustahil untuk berjalan tanpa jatuh. Gegaran kedua yang kurang teruk dirasakan kira-kira lima saat.
Di semua jalan raya utama, penduduk yang ketakutan duduk atau baring, menangis dan kelihatan keliru. Banyak masjid memulakan sembahyang hajat sejurus selepas bencana itu menimpa.“Kami menerima panggilan dari saudara mara dan rakan-rakan yang bimbang dengan keadaan kami. Ini adalah gempa bumi terbesar dalam hidup saya,” kata Nasima Akhtar, penduduk di Rawalpindi.Gegaran juga dirasakan kuat di Lahore yang terletak jauh di selatan Pakistan.Pegawai Pakistan berkata mereka bimbang lebih 1,000 terbunuh manakala pegawai India juga melaporkan hampir 200 kematian setakat ini. – AFP

No comments:

Post a Comment