Tuesday, August 11, 2009


-Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti melayu, cina, india dan lain-lain....

-sebagai bangsa Malaysia rakyat perlu berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

- Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

-Konsep 1 Malaysia memberikan pengertian yang cukup jelas tentang betapa pentingnya menjaga perpaduan serta memupuk keharmonian antara kaum dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Konsep 1Malaysia juga tidak bererti kita bertindak sewenang-wenangnya mahu merampas hak atau kepentingan kaum lain, kononnya atas dasar kesamarataan. Ia juga jangan sekali-kali dijadikan alasan untuk menuntut yang bukan-bukan.

-1Malaysia memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti dan pencapaian individu yang berpotensi tanpa mengira kaum mahu pun agama. Pencapaian individu juga perlu diberi pengikitirafan yang setanding tanpa ada sikap pilih kasih mahu pun prejudis kaum.

-konsep 1Malaysia juga sebenarnya menekankan kepada sikap penerimaan rakyat terhadap kepelbagaian kaum, budaya dan agama yang terdapat di negara ini. konsep penerimaan ini juga boleh menjadi suatu kekuatan strategik kepada Malaysia iaitu sebagai pintu masuk untuk mengembangkan ekonomi dan sektor pelancongan.

No comments:

Post a Comment