Wednesday, August 26, 2009

semangat kemerdekaan




merdeka!!!
merdekakah kita semua???
sejauhmanakah yang kita faham tentang erti kemerdekaan?
pada pandangan saya, maksud merdeka itu ialah kita bebas dari pengaruh luar,bebas dari jajahan dan berubah dari sikap negatif ke sikap positif.

saya bukan taksub untuk mengajak bersama-sama untuk melaungkan kemerdekaan dan menyambutnya secara membabi buta. Tetapi bukankan elok untuk dijadikan teladan untuk generasi akan datang!? Sudah terang lagi disuluh, ada segelintir generasi muda tidak sehebat generasi sebelum ini yang bersemangat patriotik apabila menjelang bulan kemerdekaan.

Kalau perkara ini sudah menjadi isu pada pemandu-pemandi teksi yang sedang lepak menunggu penumpang dan juga dikedai-kedai kopi, bukankah ianya boleh dijadikan isu. Rata-rata bersembang mengenai generasi kini yang tidak menghayati sejarah kemerdekaan negara yang telah diusahakan datok moyang kita.

Sekurang-kurangnya bagi saya, sambutlah ala kadar untuk mengajak generasi muda bersama-sama menghayati supaya ianya tidak pupus kegemilangan dan memori negara kita menyambut kemerdekaan.


iklan merdeka




Mengekalkan dan mengisi kemerdekaan

“Setiap dari kita mesti tekadkan dalam diri untuk mencapai 3 jenis kejayaan. Ini keperluan setiap warganegara yang patriotik dalam konteks kehidupan hari ini” saya mula 'berceloteh'.

Pertama, kejayaan dalam BERKELUARGA. Kedua, kejayaan dalam KERJAYA dan ketiga adalah kejayaan dalam BERSOSIAL.

Kena betulkan mind set, jangan ingat sumbangan kita kepada negara hanya kerana kejayaan kita dalam kerjaya. Ini yang ramai orang silap. Tanpa disedari, pengabaian kita kepada keluarga dan bersosial atas alasan kerjaya telah banyak merosakkan negara dan masyarakat.

Mengikut fakta semasa, banyak orang berjaya dalam kerjaya dan memegang jawatan pengarah atau CEO atau apa pun jawatan berstatus bos atau big bos kecundang dalam keluarga. Kalau untuk bersosial pun, hanya sekadar ‘secukup rasa’ kerana ada ‘udang sebalik mee’. Itu realiti yang mesti ditelan atau tidak mahu kemamlah dalam mulut. Usah luahkan keluar mulut kerana ia penanda kita tidak mampu menjejak bumi realiti.

Ini bukan cerita di negara orang putih. Bukan juga cerita kartun Disneyland atau filem Bollywood. Ia adalah cerita orang kita, kisah benar kehidupan warganegara dan anak Malaysia!

Anak jadi ‘hantu raya’, mat rempit, mat pit, sotong, bohsia, bohjan, mangkuk hayun, mangkuk tingkat, sudu, garpu dan segala gelaran negatif, belaian kasih sayang kepada isteri/suami dan anak-anak dipandang enteng dan sepi, keluarga terabai dan terabur, tidak terurus akhirnya masing-masing menjadi produk gagal. Mereka inilah elemen dan aset negara. Kerana modal insan ini tidak diurus dengan baik, negara tidak dapat dibantu, malah mereka ini menjadi 'produk gagal' ini pula yang menjadi beban pada negara. Ini kesan mudarat kejayaan dalam berkeluarga diketepikan. Oleh itu, pastikan anda berusaha untuk berjaya dalam berkeluarga.

Jangan ketepikan juga kejayaan dalam bersosial. Yang terdekat adalah jiran tetangga atau kariah semasjid atau rakan sekerja atau roomate ataupun housemate atau orang setaman perumahan atau orang sekampung atau rumah kebajikan atau apa sahaja yang berkait dengan hal sosial. Bantu-membantu, tegur-menegur, sumbang-menyumbang, nasihat-menasihati dan dakwah-mendakwah adalah elemen asasnya. Janganlah jadi katak dalam tempurung atau ‘orang dalam rumah’ yang hanya kenal tempat tidur dan tempat kerja sahaja !!!.

Kejayaan dalam bersosial membina kekuatan individu dan masyarakat. Amat malang bagi negara jika warganegaranya tidak boleh ‘bercakap dalam bahasa yang sama', hanya pandai bercakaran. Untuk bertanya khabar pun sukar, apatah lagi hendak membantu. Kadang-kala nampak, tetapi pura-pura tidak perasan.

Maka masing-masing membuat hal sendiri. Bukan sahaja tidak mampu menegur anak jiran yang mencuri buah atau telanjang di jalanan, hendak tolong angkatkan baju jiran ketika hujan menjadi perkara pelik pada hari ini.

Kalau nak cerita kejayaan dalam kerjaya, lagi panjang hal dan kisahnya. Memang ramai bersungguh dalam kerjaya, tetapi masih ramai yang sebaliknya. Usah bicara hal besar-besar, untuk mematuhi waktu kerja pun sudah hampir pecah kepala untuk difikirkan.

Patriotik

Tidaklah saya memperkecilkan atau memperlekehkan kibaran jalur gemilang. Saya amat menyanjung dan menghormati tabiat dan sikap itu. Saya sendiri pun menggantung Jalur Gemilang di hadapan rumah saya untuk mencipta 'demam' buat kami dan jiran-jiran.

Tetapi bagi saya, ia bukan kayu ukuran yang sebenar dalam menilai tahap semangat patriotik kita. Saya amat tidak setuju jika kita hanya dikatakan patriotik jika mengibar jalur gemilang....satu telahan yang silap bagi saya.

Apa guna menggantung penuh semua jenis bendera pada kereta, selepas itu hendak sembahyang fardhu pun malas. Apa guna melaungkan Lagu Negaraku, tetapi dalam masa yang sama membuang tisu di jalanan. Apa guna sibuk menyertai peraduan merdeka (kalau ada), tetapi selalu mencuri waktu bekerja.

Siapa berani menjamin 100% kita telah bebas dari semua ini? Saya yakin tiada sesiapa. Ini tandanya minda kita masih belum merdeka, walaupun lidah kita boleh berkata sebaliknya.

Meraikan Kemerdekaan Negara

Apa yang saya harapkan, kibaran bendera, nyanian lagu patriotik, konvoi merdeka, peraduan atau kuiz merdeka itu dan ini, kawad merdeka, perhimpunan merdeka atau apa pun acara, perkara atau aktiviti berkaitan merdeka bukanlah sekadar rutin. Kalau tidak dibuat, dikata tidak patriotik pula.

Buatlah segalanya dari hati. Jika hati tidak bertindak, cari jalannya. Carilah ilmu dan kefahaman yang betul untuk menghidupkan hati yang mungkin telah mati. Itu peranan kita kerana hati kita adalah tetap hati kita dan ia bergantung pada diri kita juga.

Kita tidak mahu ditenangkan dengan berita palsu atau perbuatan pura-pura. Kita tidak sepatutnya ditipu oleh permainan yang kita cipta sendiri.

Apa pun yang dilakukan, biarlah kemas. Apa pun yang dikatakan biarlah berasas. Apa pun yang diniatkan, biarlah benar-benar ikhlas.

Sunday, August 23, 2009

gempa bumi

gempa bumi merupakan fenomena pergerakan permukaan bumi yang disebabkan oleh pergerakan mengejut dipermukaan bumi yang berbatu.Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut.

pada 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar yang menyebabkan 255,000 orang terkorban.Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata

pada 12 ogos yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di sempadan wilayah Myanmar-India pada 5.44 pagi.
Ia berlaku di sekitar 220km dari barat daya Mandalay, Myanmar dan 1,993km dari barat daya Kangar, Perlis.

menurut kajian meteorologi malaysia dari tahun1909 sehingga jun 2009, gempa bumi yang paling banyak berlaku di malaysia ialah di selangor dengan kekerapan 43kali diikuti penang dan sabah sebanyak 37kali.

kejadian terbaru 24hb 8 2009, Gempa bumi dasar laut dengan kekuatan 5.5 skala Richter telah melanda daerah Maluku Utara di bahagian timur Indonesia hari ini, tetapi tiada kematian atau kerosakan dan tanpa amaran tsunami, kata ahli meteorologi.
Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 7.44 malam, berpusat di kira-kira 188 kilometer dari arah utara bandar Ternate.

kesan gempa bumi
-punca kepada kematian dan kemusnahan
-melibatkan banyak perubahan geosekitaran. antaranya ialah gegaran, retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh, tsunami dan perubahan rupabentuk rantau
-Pada magnitud tertentu gempa bumi boleh menggegarkan, meretakan, memisah dan menganjak permukaan bumi. Selain itu, struktur binaan juga akan retak dan runtuh (bangunan besar) atau pecah (empangan) atau putus (jambatan, terowong, saluran paip, jalan raya) akibat pergerakan ini.
-bagi pencairan tanah, semasa gempa bumi berlaku, gegaran dan pemadatan boleh menambah tekanan air liang dan menyebabkan tanah jadi tepu air serta berubah sifat menjadi cecair. Bangunan akan tersengget atau merayap, salur paip mungkin timbul dan terapung disebabkan oleh tanah yang sudah mendap.
-Tanah runtuh disebabkan oleh gegaran kuat menyebabkan bahagian cerun kurang stabil, bukit dan gunung curam runtuh menimpa dan memusnahkan struktur binaan di atas, di bawah dan juga sepanjang laluannya.

kesimpulan
Kemusnahan yang tinggi dan jumlah kematian tinggi yang berkaitan dengan kejadian gempa adalah sebahagian dari kenyataan bahawa kejadian gempa berlaku tanpa amaran. Banyak kajian yang mengkhusus kepada masalah meramal dan menjangka kejadian gempa bumi. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menggunakan kaedah prosibiliti untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan sesuatu tempat. Pengkaji telah mengelaskan kaedah ramalan gempa kepada dua iaitu ramalan jangka panjang dan ramalan jangka pendek:-

Ramalan jangka panjang
Boleh dikatakan bahawa sesuatu gempa bumi dengan magnitud atau intensiti yang tinggi adalah berkemungkinan untuk berlaku di sesuatu tempat yang pernah mengalaminya atau segmen sesar di dalam kawasan tersebut dalam lingkungan beberapa tahun. Ramalan ini dapat membantu perancang yang mengambil berat kepada ukuran keselamatan seismic atau kepada golongan manusia yang perlu menentukan kedudukan kediaman mereka.

Ramalan jangka pendek
Spesifik kepada masa dan tempat sesuatu gempa adalah lebih berguna. Ramalan ini adalah bergantung kepada precursory phenomena.
Meliputi kawasan yang memerlukan perhatian dan pengawasan yang leni. Bergantung kepada tempoh masa yag terhad di mana sesuatu tempat boleh berlaku. Negara Jepun telah membuat ramalan pertama dengan jayanya dengan menggunakan frekuensi gempa mikro, penurutan kajian aras geodetic, tiltmeter dan pengawasan geomagnetic. Adalah didapati bahawa kejadian gempa yang di kaji biasanya diikuti oleh gempa bumi kecil yang berlaku beberapa bulan sebelum kejadian gempa besar.
Walaubagaimanapun, ramalan gempa adalah sesuatu yang kompleks. Ia kan mengambil masa beberapa tahun sebelum sesuatu kejadian gempa dalam ramalan jangka masa pendek dapat dibuat. Ramalan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti deformasi permukaan, rumpang seismic yang diikuti oleh sesar, corak dan frekuensi gempa serta tabiat ganjil haiwan

artikel
Kicauan burung petanda gempa

Berita Harian, 9 Okt 2005
Ribuan burung tinggalkan sarang sebelum gegaran ISLAMABAD: Bunyi bising burung yang berlumba-lumba meninggalkan kediaman masing-masing di pokok sekitar Islamabad disifatkan penduduk sebagai memaklumkan kedatangan gempa bumi kuat awal semalam.
Ketika beribu-ribu pokok di bandar raya itu bergoyang dan hampir tumbang, bunyi bising datang daripada tanah ketika tingkap rumah dan bangunan di ibu kota Pakistan itu mula bergegar.“Bunyi burung benar-benar menambahkan ketakutan. Anda dapat lihat burung gagak berterbangan di udara,” kata seorang wartawan AFP.
“Saya tidak pernah berasa gempa bumi yang begitu kuat sebelum ini. Kubah masjid bergoyang. Orang ramai bergegas keluar dari rumah masing-masing dan bangunan ketika gempa bumi.“Sebahagiannya mula berdoa kepada Allah,” kata pengawal keselamatan, Mohammad Akram.Dalam minit pertama selepas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda kira-kira jam 8.50 pagi waktu tempatan, beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka dan berkumpul di jalan raya. Gegaran dirasakan lebih 30 saat, menggoyangkan bangunan dan membuatkan keadaan hampir mustahil untuk berjalan tanpa jatuh. Gegaran kedua yang kurang teruk dirasakan kira-kira lima saat.
Di semua jalan raya utama, penduduk yang ketakutan duduk atau baring, menangis dan kelihatan keliru. Banyak masjid memulakan sembahyang hajat sejurus selepas bencana itu menimpa.“Kami menerima panggilan dari saudara mara dan rakan-rakan yang bimbang dengan keadaan kami. Ini adalah gempa bumi terbesar dalam hidup saya,” kata Nasima Akhtar, penduduk di Rawalpindi.Gegaran juga dirasakan kuat di Lahore yang terletak jauh di selatan Pakistan.Pegawai Pakistan berkata mereka bimbang lebih 1,000 terbunuh manakala pegawai India juga melaporkan hampir 200 kematian setakat ini. – AFP

Thursday, August 13, 2009

PPSMI

konsep ini diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ia wajar diteruskan.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan pelajar khususnya bangsa Melayu tidak ketinggalan.

ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekaligus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa."PPSMI itu perlu diteruskan supaya pelajar kita tidak ketinggalan. Bukan bertujuan untuk mengabaikan bahasa Melayu, tetapi sebagai contoh bidang Sains yang dipelopori oleh negara luar menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris.

Mengambil contoh zaman kegelapan masyarakat Arab dahulunya, Dr Mahathir berkata pada ketika itu masyarakat tersebut tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan dan hanya mempelajarinya daripada kerajaan Greek."Jadi takkan pula masyarakat Arab itu nak minta orang di kerajaan Greek untuk menterjemahkan ilmu mereka ke dalam bahasa mereka (Arab). Penyelesaiannya ialah mereka terpaksa belajar bahasa Greek untuk membolehkan mereka mendalami ilmu. Dengan itu, bangsa Arab menjadi sebuah bangsa yang membangun," katanya.Beliau berkata keadaan itu juga sama seperti sekarang di mana pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendalami sesuatu ilmu."Kita tidak mampu menterjemahkannya dalam bahasa Melayu kerana pada ketika itu kita kekurangan pakar. Kalau nak diterjemahkan, kita akan terus ketinggalan dan sebab itu kewajarannya perlu dilaksanakan dalam bahasa Inggeris," katanya.Dr Mahathir berkata walaupun dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan.

HASIL kajian awal Kementerian Pelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah mendapati pelajar luar bandar berupaya menerima pelaksanaan dasar baru itu.(abdul rahman..dalam panduan.org)

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diteruskan dan kerajaan tidak seharusnya membazirkan sumber kewangannya dengan kembali kepada sistem lama yang tidak membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris.Itulah antara hasil rumusan dialog mengenai PPSMI anjuran Persatuan Pemuda Negara yang dihadiri siswazah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Dialog itu turut merumuskan bahawa PPSMI adalah wadah terbaik bagi seseorang pelajar itu menguasai bahasa Inggeris selain mampu mendalami ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa yang diguna di peringkat antarabangsa.

Wednesday, August 12, 2009

program penempatan pekerja

Program ini bertujuan memperkenalkan dan menggalakkan Latihan Kemahiran di kalangan pencari kerja serta pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian pekerja serta graduan yang menganggur.

kelebihan:

-memberi peluang pekerja yang diberhentikan mendapatkan kemahiran baru dan seterusnya ditempatkan dengan majikan tertentu .

-dapat berkongsi pengalaman
program ini menghimpunkan pelbagai latarbelakang pekerja dan graduan. bagi graduan ia merupakan satu peluang kerana ia dapat menambah pengetahuan dari orang-orang yang berpengalaman tentang suasana pekerjaan sebenar.

-mengurangkan masalah sosial
jika program ini tidak dilaksanakan mungkin masalah sosial makin meningkat.

-elaun
elaun yang diberikan dapat membantu pekerja menampung perbelanjaan harian.mengurangkan bebanan keluarga.

-kemudahan
semua kemudahan yang diberikan adalah percuma.tempat tinggal percuma bagi sesiapa yang memerlukan.

-dapat sijil
sijil yang diiktiraf dari kementerian sumber manusia.

-tidak dikenakan yuran
yuran pengajian adalah percuma.semuanya kerajaan yang sponser.


kelemahan:

-tiada praktikal

cadangan:
setiap kursus yang dianjurkan mesti ada praktikal

Tuesday, August 11, 2009


-Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti melayu, cina, india dan lain-lain....

-sebagai bangsa Malaysia rakyat perlu berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

- Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

-Konsep 1 Malaysia memberikan pengertian yang cukup jelas tentang betapa pentingnya menjaga perpaduan serta memupuk keharmonian antara kaum dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Konsep 1Malaysia juga tidak bererti kita bertindak sewenang-wenangnya mahu merampas hak atau kepentingan kaum lain, kononnya atas dasar kesamarataan. Ia juga jangan sekali-kali dijadikan alasan untuk menuntut yang bukan-bukan.

-1Malaysia memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti dan pencapaian individu yang berpotensi tanpa mengira kaum mahu pun agama. Pencapaian individu juga perlu diberi pengikitirafan yang setanding tanpa ada sikap pilih kasih mahu pun prejudis kaum.

-konsep 1Malaysia juga sebenarnya menekankan kepada sikap penerimaan rakyat terhadap kepelbagaian kaum, budaya dan agama yang terdapat di negara ini. konsep penerimaan ini juga boleh menjadi suatu kekuatan strategik kepada Malaysia iaitu sebagai pintu masuk untuk mengembangkan ekonomi dan sektor pelancongan.

Monday, August 10, 2009

selamat datang ke negeri perlis indera kayangan......
  • perlis merupakan negeri terkecil di dalam malaysia..
  • ia terletak di antara negeri kedah dan selatan thailand..




  • pintu masuk ke negeri perlis ialah melalui negeri kedah dan selatan thailand..


  • untuk masuk ke perlis, pelancong boleh menggunakan bas, keretapi, feri dan kenderaan awam....

  • selain itu, pelancong boleh menggunakan kapal terbang dan turun di lapangan kepala batas, kedah dan mengambil kenderaan lain dari situ untuk ke perlis.
-antara destinasi menarik di perlis ialah gua kelam, jeti kuala perlis,kawasan bebas cukai di padang besar, wang kelian dan lain-lain lagi....



gua kelam





-jarak dari kangar ke gua kelam ialah 36km

-tinggi gua ini ialah 370 meter


kuala perlis


-jarak dari kangar ke jeti kuala perlis ialah 13km
-jeti ini menghubungkan pelancong dan penduduk dari langkawi ke perlis
-ia juga terkenal dengan pelbagi jenis makanan antaranya laksa perlis


padang besar



-antara tempat yang paling popular dikalangan pelancong kerana ia merupakan kawasan bebas cukai dan terdapat banyak barangan yang boleh di dapati di situ dengan harga yang murah.
-ia juga merupakan laluan keluar/masuk warganegara tempatan dan warganegara thailand.
-jarak dari kangar ke kawasan bebas cukai ini ialah 37km


harumanis



-selain itu, perlis juga terkenal dengan mempelam harumanis.
-ladang mempelam harumanis ini terletak di kawasan bukit bintang, sungai batu pahat, perlis dengan keluasan 1000ekar dan menghasilkan kira-kira 300-500tan setahun
-ia mempunyai rasa dan aroma yang tersendiri dan boleh didapati dari bulan mac-jun setiap tahun
-isinya tebal dan kekuningan serta enak dimakan dengan pulut atau dimakan saja.
-merupakan makanan tradisi masyarakat perlis.

Tuesday, August 4, 2009

hepi sokmo....

senyuman pagi membawa semangat, senyuman tengah hari membawa ceria, senyuman petang membawa ketenangan, senyuman malam membawa kebahagian....tapi kalau sentiasa tersenyum may be orang anggap itu gila....